SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.Pada peringkat awal kedatangan British,bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran, kesusasteraan dan ilmu.Pada masa tersebut, bahasa Melayu digunakan di jabatan-jabatan kerajaan.Pegawai-pegawai British yang bertugas di Negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari dan lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu.Semasa pentadbiran British, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan pendiidikan.
Para wartawan,sasterawan,budayawan,guru,dan nasionalis telah berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendaulat dan mengembangkan bahasa Melayu.Antaranya peranan tulisan Jawi,penubuhan Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan Sasterawan 50.
PERANAN TULISAN JAWI
1.Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan bahasa Melayu bagi menyabarkan dakwah Islam.
2.Penulisan kitab-kitab dalam bahasa Melayu menggunak tulisan Jawi sebagai alat menyebarkan ilmu.
3.Hasil penulisan kreatif seperti novel Faridah Hanum karya Syed Sheikh Al-Hadi.
PERANAN AKHBAR
1.Membangkitkan kesedarn untuk memajukan diri dalam kalangan orang Melayu dalam pendidikan,ekonomi dan gerakann nasionalisme.
2.Meminta sukatan pelajaran di sekolah Melayu dipertingkatkan.
3.Meminta pengajaran bahasa Inggeris di sekolah Melayu.
4.Menggalakkan peendidikan untuk anak perempuan.
PENUBUHAN PEJABAT KARANG MENGARANG
1.Ditubuhkan padam 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI), Tanjung Malim,Perak.
2.Diketuai oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba).
3.Menerbitkan buku terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu untuk kegunaan sekolah.
PENUBUHAN ANGKATAN SASATERAWAN 50 (ASAS 50)
1.dITUBUHKAN DI sINGAPURA PADA TAHUN 1950.
2.Matlamatnya untuk mengembangkan bahasa dan kesusasterawan Melayu.
3.Mencadangkan penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka) dan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
1.Ditubuhkan pada tahun 1956.
2.Matlamatnya untuk mengembangkan bahasa dan sastera Melayu.
3.Mencipta istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
- SUMBER RUJUKAN : BUKU TEKS SEJARAH THN5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan